Mexblu-Sibutramine-Magic-Blue-Satu-Fitnah-dan-Tuduhan-Jahat

Habbatus Sauda Mexblu dengan Sibutramine Satu Tuduhan dan Fitnah Berat

Fitnah tidak berasas Mexblu

Kecoh di media tentang Sibutramin dalam Habbatus Sauda Mexblu.

ASSALAMUALAIKUM PENGGUNA MEXBLU YANG DIKASIHI SEMUA

Beberapa bulan lepas gempar di Brunei melalui berita perdana mengatakan Habbatussauda (Mexblu) mengandungi bahan terlarang iaitu sibutramin.

Apa itu sibutramin?
Sibutramin adalah sejenis bahan terlarang yang biasa dimasukkan dalam produk kurus untuk mendapat kesan segera.

DISINI, HQ MAGICBLUE MENEGASKAN Habbatussauda keluaran Magicblue (Mexblu) adalah 100% dihasilkan dari satu bahan tunggal sahaja iaitu biji habbatussauda asli yang diimport dari Mesir, TIADA langsung campuran atau tambahan bahan lain.

Sejak dilancarkan pada penghujung tahun 2019, pihak hq telah beberapa kali menghantar habbatussauda ini buat uji kaji / lab test (Laporan makmal boleh lihat data di bawah).

Akibat dari laporan berita perdana Brunei malam tadi, hq akan mengambil beberapa tindakan

1. Buat 3 lagi lab test dalam masa terdekat.
2. Mencari dan melantik peguam untuk bersihkan nama habbatussauda kita di Brunei.
3. Mendaftar habbatussauda dengan MOH (kesihatan Brunei).

Saya minta kepada semua PENGGUNA & USAHAWAN MEXBLU, bertenang dan jangan mudah mempercayai berita palsu yang di sebarkan. Semoga Allah bersama kita orang yang benar.

Lab Test Mexblu

Ini adalah kajian / lab test bahan terlarang dalam habbatussauda. Disini jelas menunjukkan tiada langsung bahan yang disebut SIBUTRAMIN

Surat import produk Habbatus Sauda dari negera Mesir.

kajian nutrisi dalam habbatus sauda mexblu

Kaji nutrisi dalam Habbatus Sauda Mexblu oleh syarikatKBioCorp

Assalamualaikum selamat malam semua pengguna dan usahawan Mexblu seluruh negara, Singapore dan juga Brunei.

Berkenaan kes ini, sebagaimana hq maklumkan untuk mengambil tindakan susulan iaitu membuat kajian lab test. Pada 20hb April 2023 hq telah mendapat keputusan hasil dari kajian tersebut dan mendapati bahawa habbatussauda MAGBLU dan MEXBLU TIADA KANDUNGAN SIBUTRAMIN sepertimana yang didakwa oleh MOH Brunei.

Alhamdulillah, kita yakin kita adalah pihak yang benar. Dan tiada keperluan untuk memasukkan bahan sibutramin dalam habbatussauda magblue/mexblu.

Semoga dengan laporan makmal ini akan memadamkan segala fitnah yang di lemparkan kepada kami.

Detail keputusan lab test boleh lihat dalam file dibawah👇

Pengguna jangan risau kerana produk kami lulus KKM dan tiada produk terlarang 100% biji Habbatus Sauda yang diimport dari Negara Mesir (Biji Habbatus Sauda Premium )

KKM Habbatus Sauda Mexblu

Kapsul yang kami gunakan adalah dari syarikat Nashmir yang diyakini Halal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *